BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 29 June 2011

ISRA' MIKRAJ

 
Subhanallah.. Allahhuakbar.. Kebesaran Allah S.W.T..
27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Isra' Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.
Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi S.A.W ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Isra' Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah S.W.T dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Dalam peristiwa itu Rasulullah S.A.W diperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Ini adalah kisah bagaimana terjadinya Isra' dan Mikraj..

2 comments:

HALIZAR MOHAMED SALLEH (210092) said...

Ambil ikhtibar!!

Muhamad Nazri(nazripengeran) said...

Amin.Bagus artikel ni.Tahniah .Cantik blog cikgu.