BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 14 July 2011

PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI FELDA GUNUNG BONGSU

       
            Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Projek Pusat Jalur Lebar Komuniti ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad.  
           Menyedari bahawa pengetahuan dalam teknologi maklumat merupakan satu keperluan masa kini demi kesinambungan pembelajaran murid-murid, maka Prasekolah Harapan Sekolah Kebangsaan Gunung Bongsu mengambil langkah awal supaya setiap anak didik yang mendapat pendidikan di kelas ini diberi peluang untuk mendapat pengetahuan tersebut. Diharapkan melalui program Jalur Lebar yang disediakan di kawasan ini boleh menjadi tapak untuk memulakan langkah pertama, maka diaturkan satu jadual dan langkah untuk mendedahkan murid-murid ini kepada perkembangan Jalur Lebar tersebut.
Sasaran program ini adalah kepada murid-murid prasekolah yang berumur 5 dan 6 tahun yang belajar di Prasekolah Harapan Sekolah Kebangsaan Gunung Bongsu. Diharapkan dengan penglibatan dalam program ini, murid-murid prasekolah ini akan sendirinya celik IT apabila meneruskan pembelajaran di kelas biasa nanti.













LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1MALAYSIA











HARI KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE - 12 SKGB 2011












HOREYYYYY!!!!!!!!!

Wednesday 29 June 2011

ISRA' MIKRAJ

 
Subhanallah.. Allahhuakbar.. Kebesaran Allah S.W.T..
27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Isra' Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.
Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi S.A.W ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Isra' Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah S.W.T dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Dalam peristiwa itu Rasulullah S.A.W diperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Ini adalah kisah bagaimana terjadinya Isra' dan Mikraj..

Monday 27 June 2011

CARA MEMBINA BLOG DENGAN MENGGUNAKAN BLOGGER.




















SELAMAT MENCUBA......

Monday 20 June 2011

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN RANGSANGAN KOMPUTER


Komputer kini menjadi alat yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian rangsangan komputer ke atas kebolehan matematik kanak-kanak prasekolah. Untuk mengetahui maklumat selanjutnya, sila klik di laman web di bawah........


Semoga segala maklumat yang diberikan, dapat menambahkan ilmu kepada cikgu-cikgu semua...

Friday 10 June 2011

Followers.....

Assalamualaikum kawan-kawan....




Sudi-sudikanlah.. follow blog saya ye....... di..


Jasamu ku kenang.. ;-)

Tuesday 7 June 2011

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN PENDEKATAN PERMAINAN PERINGKAT PRASEKOLAH BAGI TAJUK KONSEP NOMBOR

SALAM 1 MALAYSIA...

Ini artikel mengenai Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Pendekatan Permainan Peringkat Prasekolah yang saya downloadkan di....