BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 14 July 2011

PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI FELDA GUNUNG BONGSU

       
            Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Projek Pusat Jalur Lebar Komuniti ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad.  
           Menyedari bahawa pengetahuan dalam teknologi maklumat merupakan satu keperluan masa kini demi kesinambungan pembelajaran murid-murid, maka Prasekolah Harapan Sekolah Kebangsaan Gunung Bongsu mengambil langkah awal supaya setiap anak didik yang mendapat pendidikan di kelas ini diberi peluang untuk mendapat pengetahuan tersebut. Diharapkan melalui program Jalur Lebar yang disediakan di kawasan ini boleh menjadi tapak untuk memulakan langkah pertama, maka diaturkan satu jadual dan langkah untuk mendedahkan murid-murid ini kepada perkembangan Jalur Lebar tersebut.
Sasaran program ini adalah kepada murid-murid prasekolah yang berumur 5 dan 6 tahun yang belajar di Prasekolah Harapan Sekolah Kebangsaan Gunung Bongsu. Diharapkan dengan penglibatan dalam program ini, murid-murid prasekolah ini akan sendirinya celik IT apabila meneruskan pembelajaran di kelas biasa nanti.













5 comments:

Mazlina Ramly said...

Bagusnya aktiviti ni. Semoga Pusat Jalur Lebar seperti ini dapat dibuka dengan lebih banyak di tempat lain. Ini akan dapat mendedahkan kepada semua betapa pentingnya IT di zaman ini.

Noorazian bt. Md. Noor said...

Mmg betul... ini merupakan langkah awal untuk mereka lebih mengenali IT.

Md Rani Omar 210176 said...

Pendedahan awal yang perlu untuk memberi pengetahuan ICT sebelum menguasai kemahiran yang lebih tinggi lagi.

cikgu faiz said...

bagus ni...bila la depa nak kembangkan ke daerah lain..

norizam8571 said...

Saya cadangkan semua PPD di setiap daerah menyediakan peruntukan untuk mengadakan program ini di setiap pra sekolah. Percayalah...program ini akan melahirkan ramai murid celik IT di masa hadapan..